top of page

Tips Sihat Miss-V

Prolapse (tombong)

Prolapse rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah dan kadang-kala terkeluar dari saluran faraj.

​

Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.

 

Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat, di peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa, peringkat kedua di mana pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj dan peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj 

" Bagi wanita yang mengalami masalah prolapse / tombong boleh mencari ikhtiar dengan rawatan secara urutan tradisional melayu lama, Teknik Aura 6 Sendi di Rumah Hutan dengan kepakaran tukang urut yang mahir dan berpengalaman menaikkan dan memasukkan semula rahim kendur/tombong"

Punca prolapse

  • Faktor penuaan.

  • Obesiti.

  • Mengangkat bebanan.

  • Bersalin secara forceps.

  • Komplikasi ketika bersalin normal.

  • Kerap melakukan pengguguran dengan sengaja.

  • Mengalami keguguran berulang kali.

  • Sembelit kronik terutamanya wanita selepas bersalin.

  • Posisi hubungan kelamin yang tidak betul dan luar tabii.

  • Melakukan hubungan kelamin semasa berpantang.

  • Kerap mencangkung ketika dalam pantang.

  • Teknik meneran yang tidak betul semasa bersalin normal.

  • Meneran bukan pada masanya semasa bersalin.

  • Rahim rendah secara semulajadi.

bottom of page