TERMA & SYARAT
MAKLUMAN AM
-
Sila pastikan anda membuat pilihan pakej yang tepat dan tempahan anda hanya SAH sekiranya anda menjelaskan deposit RM55 secara Online sahaja.
-
Setiap tempahan pakej yang telah dibuat TIDAK BOLEH ditukar ganti dengan pakej yang lain termasuk juga penukaran Terapis.
-
Untuk menempah pakej SPA, Sila pastikan anda tidak berada dalam keadaan haid (menstrual period) pada hari rawatan.
-
Pelanggan dikehendaki hadir lebih awal sekurang-kurangnya 30 minit sebelum temujanji bagi urusan pendaftaran.
-
Bagi Pelanggan yang tiba LEWAT, Tempoh masa rawatan juga akan disingkatkan. Rawatan akan tamat mengikut waktu tempahan yang dibuat. Tiada pengurangan bayaran bagi pelanggan yang tiba Lewat.
-
Pelanggan dinasihatkan untuk tidak mengambil makanan berat 1 JAM sebelum terapi/spa.
-
Bagi Pelanggan yang TIDAK HADIR (no show) pada hari temujanji, Pelanggan tidak akan dibenarkan untuk membuat penjadualan semula. Deposit juga TIDAK AKAN dipulangkan serta akaun login anda di web rumahhutan.com juga akan disekat untuk sementara waktu.
-
Untuk mengelakkan akaun login rumahhutan.com anda disekat, Sila maklumkan kepada pihak Rumah Hutan sekiranya anda tidak dapat hadir pada temujanji anda. Walau bagaimana pun, Deposit anda tetap TIDAK AKAN Dikembalikan.
PENJADUALAN SEMULA DAN PEMBATALAN TEMPAHAN
-
Penjadualan semula dan Pembatalan Tempahan hanya boleh dilakukan secara ONLINE sahaja.
-
Penjadualan semula tempahan hanya boleh menukar MASA dan HARI yang lain bergantung kepada kekosongan slot. Terapis dan Harga masih kekal sama.
-
Penjadualan Semula Tempahan hanya boleh dilakukan selewat-lewatnya 72 JAM SEBELUM waktu temujanji yang ditempah. Untuk makluman, Sistem TIDAK AKAN membenarkan anda melakukan penjadualan semula tempahan sekiranya tarikh dan masa rawatan anda sudah berada dalam tempoh 72 JAM sebelum temujanji.
-
Pembatalan Tempahan hanya boleh dilakukan secara Online sahaja.
-
Pembatalan Tempahan hanya boleh dilakukan selewat-lewatnya 72 JAM SEBELUM waktu temujanji yang ditempah. Untuk makluman, Sistem TIDAK AKAN Membenarkan anda untuk membatalkan tempahan sekiranya anda sudah berada dalam tempoh 72 JAM sebelum temujanji. Pemulangan Deposit juga TIDAK akan dilakukan sekiranya pelanggan tidak membatalkan tempahan melalui sistem.