F A Q
Adakah saya boleh membuat tempahan sekiranya tidak mendaftar sebagai ahli di web rumah hutan ?
Jawapan : TIDAK BOLEH. Pelanggan mesti menjadi ahli berdaftar di web rumah hutan untuk menempah pakej meditasi / spa. Sekiranya pelanggan tidak login ke web rumah hutan, pelanggan tidak akan boleh melihat senarai pakej di menu TEMPAHAN ONLINE.
Sekiranya saya tidak boleh hadir untuk temujanji, adakah saya boleh BATALKAN tempahan ? Adakah deposit saya akan dipulangkan ?Bagaimanakah proses pemulangan deposit ?
Jawapan : Pelanggan boleh membatalkan tempahan melalui web (rujuk bahagian informasi di web rumahhutan) selewat-lewatnya 72 JAM sebelum masa temujanji.
Deposit tempahan juga akan dikembalikan dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh pembatalan dibuat. Untuk pemulangan deposit sila lengkapkan borang permohonan "refund" dengan lengkap.
​
Adakah saya boleh menukar temujanji saya ke waktu yang lain ?​
Jawapan : Pelanggan boleh menukar temujanji ke waktu yang lain selewat-lewatnya 3 hari sebelum Tarikh temujanji asal. Pertukaran temujanji boleh dilakukan terus melalui web rumahhutan.com. Klik pada nama anda di penjuru kanan dan pilih “Tempahan Saya” dan kemudian klik pada temujanji yang ingin diubah dan Klik pada “Penjadualan Semula”
​
Adakah saya boleh membayar deposit menggunakan perbankan online seperti MAYBANK2U atau CIMBCLICKS ?
Jawapan : Buat masa ini, semua deposit hendaklah dibayar dengan menggunakan “payment gateway” yang telah disediakan. Payment Gateway ketika ini hanya menyokong pembayaran secara “Online Banking” sahaja dan terhad untuk pemegang akaun bank di Malaysia sahaja.
Bagi pelanggan yang tidak mempunyai perbankan online di Malaysia, Sila hubungi/whatsapp 016 - 771 9343 untuk mendapatkan butiran bayaran deposit.
​
​Adakah pihak rumah hutan menerima bayaran melalui tunai ?
Jawapan : Bayaran secara tunai hanya diterima di kaunter khidmat pelanggan semasa anda mendaftar pada hari temujanji. Pelanggan juga boleh membayar baki tempahan pakej menggunakan kad debit/kredit di kaunter khidmat pelanggan.
​
Apakah yang perlu saya bawa semasa pendaftaran di rumah hutan ?
Jawapan : Untuk pendaftaran pelanggan hanya perlu menunjukkan Invois yang diterima melalui email atau perincian tempahan yang dibuat kepada kaunter khidmat pelanggan.
​
Bolehkan saya membuat tempahan melalui telefon ?
Jawapan : YA. Pelanggan boleh membuat tempahan melalui telefon dengan menghubungi nombor 016 - 771 9343 dengan memenuhi salah satu kondisi berikut :
1. tempahan melalui telefon hanya boleh dilakukan sekiranya ingin membuat tempahan 3 HARI sebelum Tarikh tempahan sahaja.
2. tempahan secara Walk-In pada hari panggilan dibuat.
Semua tempahan yang ingin dibuat melalui telefon tertakluk kepada kekosongan slot.
​
Bolehkah saya Walk-in ke Rumah Hutan untuk mengambil pakej meditasi / spa ?
Jawapan : Pelanggan boleh “Walk-in” terus ke Rumah Hutan untuk mendapatkan pakej meditasi/spa. Walaubagaimana pun, tertakluk kepada kekosongan slot pada hari tersebut. Pelanggan dinasihatkan untuk menelefon khidmat pelanggan terlebih dahulu untuk menyemak kekosongan slot dan pakej.
​
Saya telah menempah pakej spa Seri Inai Perindu, tetapi saya telah datang haid pada tarikh tempahan saya. Saya difahamkan wanita datang haid tidak digalakkan mengambil pakej spa. Bagaimana untuk menyelesaikan masalah saya?
Jawapan : Sekiranya Cik/Puan datang haid pada tarikh tempahan spa, Cik/Puan tidak boleh menjalani rawatan spa untuk pakej Seri Inai Perindu kerana dalam pakej spa tersebut ada rawatan bertangas. Kami tidak mengalakkan wanita haid melakukan rawatan tangas dari segi faktor kebersihan. Jika pada hari kejadian (tarikh tempahan yang sepatutnya) Cik/Puan telah datang haid, pakej Cik/Puan akan ditukar kepada pakej meditasi. Jika kurang daripada 3 hari Cik/Puan dapat tahu Cik/Puan datang haid, boleh hubungi staf khidmat pelanggan (016-771 9343/ 019-221 2617) untuk menukar pada tarikh dan masa yang lain mengikut kekosongan.