SPA DEWI KEMANGI
-
Dilakukan oleh therapist Spa di bilik Spa khas untuk pakej Spa Dewi Kemangi.
-
Merupakan urutan kecantikan, mengemaskan saraf pada seluruh badan dan urutan kesihatan pada bahagian peranakkan (rahim & punggung) yang membantu mengeluarkan angin dalam rahim atau lebih dikenali sebagai kentut vagina (angin rahim yang keluar mengikut faraj).
-
Pakej ini menawarkan spa vagina iaitu bertangas dengan ratus herba yang memberikan manfaat kesihatan Miss V. Oleh sebab itu, sangat digalakkan untuk wanita yang mengalami masalah keputihan yang menyebabkan berbau dan gatal, celah kangkang yang hitam berkerak dan rawatan dalam pakej ini membantu memecahkan lemak pada sekitar peha dan dalam rahim.
-
Sangat sesuai untuk wanita yang sedang berikhtiar untuk hamil kerana rawatan spa vagina yang menggunakan ratus herba membantu memecahkan lemak sekitar bahagian rahim. Selain itu, keputihan disedut keluar semasa proses pengewapan herba dan membantu mengecutkan serta mengetatkan bahagian luar dan dalam vagina.
-
Wanita yang ingin menjaga kecantikan dan kesihatan terutamanya bahagian intim dan peranakkan sesuai mengambil pakej ini.
Pakej Spa Dewi Kemangi dan Meditasi Dewi Kemangi merupakan teknik urutan terbaik untuk merapatkan, mengecilkan bahagian intim wanita, menguatkan lantai pelvik, mengemaskan saraf di keseluruhan badan serta mencantikkan punggung wanita yang lemah selepas bersalin dan wanita berusia.
MEDITASI DEWI KEMANGI
-
Dilakukan oleh therapist/ bidan mahir di bilik urutan tradisional khas untuk pakej Meditasi Dewi Kemangi.
-
Merupakan urutan tradisional yang lebih fokus kepada urutan pemulihan saraf, memperbetulkan kedudukan peranakkan yang senget, lemah dan jatuh, tombong yang tidak kronik (tombong kronik stage 4 - yang keluar banyak dan besar wajib ambil pakej sireh pucuk seribu), pundi kencing jatuh, buasir kronik, slipped disk menghimpit saraf dan sakit pinggang.
-
Wanita selepas berpantang sangat digalakkan ambil pakej ini, kerana therapist/ bidan akan mengemaskan urat saraf pada urat belikat untuk melancarkan pengeluaran susu badan dan menaikkan peranakkan.
-
Sebagai tambahan wanita lepas pantang boleh ambil pakej terapi spa vagina untuk bertangas herba, kerana meditasi dewi kemangi tidak menawarkan spa vagina, pakej ini fokus hanya kepada pemulihan saraf, peranakan wanita dan tombong.
-
Wanita yang mengalami masalah saraf kronik, lumpuh, kecederaan saraf selepas kemalangan, pergerakan terbatas, kebas anggota badan, beriktiarlah dengan therapist Mak Jamilah. Mak Jamilah hanya fokus pada pemulihan saraf, tidak mahir masalah tombong.
​
​